Dengan pembuka kata, Allah yang Maha Pemurah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. hamba memula bicara.. semoga apa yang tercatat di dalam warkah hari ini.. menjadi pedoman hidup hamba untuk selamanya. Bila dimana hamba lalai.. disinilah titik permulaaan hamba kembali ke jalan yang diredhaimu. amin..
Setiap manusia tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa, dari sekelumit sehingga sebesar-besar dosa yang telah dilakukan.. Betapa kecil dan kerdilnya kita di sisi Allah S.W.T.. Namun yang demikian kasih sayang Allah itu sangatla besar.. sehingga tidak dapat untuk kita nyatakan betapa besarnya kasih dan sayang Allah kepada hamba-hambanya.. Setiap hamba yang bertaubat pasti akan menerima keampunan dari-Nya..
riwayat Rasulullah s.a.w. memperdengarkan ayat: "Walladzina idza fa'lahu fahisyatan au dholamu anfusahum dzakarullaha fastagh faru lidzu-nubihim, waman yagh firudzdzunuba illa Allah, walam yashirru ala maa fa'alu wahum ya'lamun (135) Ula'ika jazaa'uhum maghdiratun min robbihim wa jannatun tajri min tahtihal anharu kholidina fiha wani'ma ajrul amilin (136). (Yang bermaksud): "Dan mereka yang bila berbuat kekejian atau zalim terhadap siri sendiri, langsung ingat kepada Allah lalu minta ampun dari dosa mereka, mengerti benar-benar bahawa tiada yang mengampunkan dosa kecuali Allah, dan tidak merahajalela dalam dosanya, sedang mereka mengetahui. Untuk mereka tersedia pengampunan Tuhan dan syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, ekkal mereka didalamnya, sebaik-baik pahala bagi yang beramal." (Surah: Al-Imran 135-136)
Dan kita sebagai manusia tidak berhak untuk menghukum.. tidak berhak untuk membenci dan tidak berhak untuk mencaci.. setiap kejadian di atas muka bumi ini adalah diatas ketentuannya. We dont have the right to judge people because things happened with reason. Kadang-kala bila kita mengenali seseorang yang menzalimi dirinya sendiri, dengan serta-merta perasaan benci datang. Terlintas di fikiran siapakah kita untuk membenci sedangkan dosa yang dilakukan adalah diantara dirinya dan Allah S.W.T. sehinggakan di dalam satu situasi dimana umat manusia alpa akan tanggungjawab mereka sesama umat.
Inilah yang berlaku apabila pesakit2 HIV dewasa yang beragama Islam berlindung di bawah naungan orang yang bukan beragama islam di dalam sebuah gereja. Alangkah sedih dan pilunya.. umat islam kini. Di antara ribuan umat Islam tiada siapapun yang perihatin dan tidak sekalipun mengambil perkara seperti ini menjadi tajuk utama berita dan saya sendiri tidak menyedari bahawa tiada pusat perlindungan untuk pesakit HIV positif yang beragama Islam di Malaysia sehinggalah membaca coretan email daripada Ustaz Muhammad Bin Abdullah. Terima kasih diucapkan kepada ustaz atas keperihatinanya dan atas sifat tanggungjawabnya untuk menyedarkan kita semua daripada terus lalai.
Beginilah keadaan pesakit-pesakit HIV positif bersama ustz. Muhammad Bin Abdullah dan Kak Liza
Sesi ceramah agama di lakukan di dalam sebuah bilik di gereja
Bilik yang menempatkan salah seorang pesakit HIV positif
Di Gereja inilah pesakit- pesakit HIV positif ditempatkan
Seharusnya Kita semua umat Islam haruslah bertindak dengan segera.. melakukan apa yang termampu bukan hanya dengan berkata - kata tapi melakukan apa yang sewajarnya.. salam ukhwah